206.190.1

Khamis, 22 Julai 2010

Mata Petang

Mata petang, redup bicara kelopak matanya. Kusingkap dan kucari nota tersembunyi. Lalu kutemui nota harapan dari tangan ke tangan. Belum sampai-sampai.

Rabu, 14 Julai 2010

Lebah


Lebah. cerdik dan menarik. Hinggapmu pada bunga-bunga semerbak dan ranting-ranting segar.

Selasa, 13 Julai 2010

Reput


Titian kulalui semakin reput. Bisakah kumenyeberang lagi esok hari? Andai tidak, hanya kesabaran yang mampu kusalut usia penantian.

Isnin, 12 Julai 2010

Tiang Putih

Tiang putih semakin rindu pada nafas. Pintu semakin terbuka luas. Air mata semakin deras . Sungguh, kau dibenci pencinta dunia, namun tidak pencintaNya.